Pages

Salam Pengenalan




Produk keluaran syarikat GoFocus International Sdn Bhd (957592-U) merupakan minuman botani yang diperbuat daripada ekstrak buah delima dan pelbagai jenis buah-buahan yang diceritakan oleh Allah SWT melalui Kitab Al Quran dan kitab-kitab sebelumnya.

Diperkaya dengan khasiat madu, kurma, biji anggur, minyak zaitun, goji, manna, habbatus sauda dan diadun bersama ramuan herba terpilih serta keberkatan air zam-zam.

JUS DELIMA mengandungi pelbagai khasiat seperti mineral dan vitamin yang amat diperlukan bagi membantu mengekalkan dan menangani masalah kesihatan serta menyihatkan tubuh badan. Boleh digunakan seawal bayi dalam kandungan sehinggalah kepada warga emas.

Berdasarkan kepada permintaan yang tinggi dan testimoni yang ramai maka pihak syarikat mensasarkan jualan sehingga 10,000 unit sebulan menjelang Jun 2012. Manakala pada tahun 2013 pula syarikat akan mensasarkan jualan sebanyak 20,000 sehingga 30,000 unit sebulan.

JUS DELIMA, produk yang berkualiti tinggi dan penekanan kepada minuman sunnah akan mengekalkan tahap jualan yang lebih baik pada masa akan datang.

JUS DELIMA melalui proses Amalan Pengilangan Islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani. Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim.

Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya. Ini adalah kerana Nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam.

Penghasilan produk daripada Muslim yang membaca Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai disamping zat-zat lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri. Kesucian jasmani pula merangkumi proses pembuatan yang mengikut syarak.

Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci dari sumber-sumber yang haram, memelihara perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur-unsur yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik-muzik yang mengkhayalkan.

Produk JUS DELIMA terdiri daripada sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ yang sangat baik dan diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan mengatasi masalah kesihatan serta sangat berkhasiat juga banyak kelebihan jika diamalkan pengambilannya secara berterusan.

Sesungguhnya setiap yang diciptakan Allah itu ada kehebatannya. Kesihatan yang baik merupakan perkara paling berharga untuk semua umat manusia. Terpulanglah kepada kita mencari sesuatu bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.