Pages

Profil Syarikat



MUKADDIMAH

Assalamualaikum wbkt..

Gofocus Internasional Sdn. Bhd. adalah syarikat pemasaran jualan langsung (MLM) terkini di Malaysia. Sebagai syarikat MLM terkini di Malaysia, GoFocus Internasional Sdn. Bhd. menggunakan perniagaan e-dagang dan e-rangkaian bagi menghubungkan Ushawan GoFocus kepada pengguna-pengguna di Malaysia dan rantau Asia. Kami bersedia membimbing Usahawan GoFocus ke arah perniagaan yang lebih sistematik dan berdaya maju dan kreatif dengan menawarkan peluang-peluang perniagaan jualan langsung kepada warga Malaysia dan Asia. Dengan strategi dan perancangan masa hadapan yang unik dan menarik ini akan menjadikan Usahawan GoFocus berada dalam keadaan yang selesa dan Berjaya dalam industry MLM.

Konsep perniagaan kami adalah berdasarkan kepada pencapaian dan penetapan matlamat hidup. Bagi mencapai matlamat yang diimpikan, kita perlu mengetahui di mana kedudukan kita sekarang, dan ke mana pula hala tuju kita seterusnya. Oleh yang demikian, matlamat hidup kita mestilah jelas dan tepat. Keadaan ini bolehlah diumpamakan seperti sebuah peta yang menandakan hala tuju perjalanan kita dengan jelas dan selamat. Tanpa matlamat yang jelas dan selamat, memungkinkan kita akan tersasar dari matlamat hidup yang sebenar. Kejayaan seseorang amat ditentukan oleh matlamat hidup yang telah dirancang dan diusahakan ke arah yang lebih cemerlang.

Sejak mula lagi, syarikat kami memberi penekanan terhadap produk berkualiti tinggi; suatu standard yang kami dukung hingga masa akan datang. Hasil dari penekanan ini, kami telah memilih saluran E-Dagang + E-Rangkaian (E-Commerce + Network Marketing) sebagai kaedah pengedaran produk kami. Ini adalah kerana kami yakin bahawa cara terbaik untuk mendidik pengguna mengenai kepentingan penggunaan produk premium, yang disokong oleh sains dan diuji dari segi kualiti dan keselamatan, adalah menerusi Usahawan Gofocus kami. Perniagaan serta layanan mesra mereka yang akan meneraju kemajuan GOFOCUS INTERNATIONAL SDN. BHD. menuju ke dunia baru Pemasaraan Rangkaian E-Dagang.

Berkat.. Sihat.. Hebat.. amin..



VISI

Gofocus International Sdn. Bhd. berwawasan untuk menjadikan Usahawan Gofocus sebagai Peneraju dan Pembawa kemakmuran dan kemajuan dalam Industri Rangkaian Pemasaran (MLM).



ORGANISASI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) - Rumawi Hj Kasolan (Pak Mawi)
Ketua Pengawai Operasi (COO) - Muhammad Muhiyuddin Rumawi
Pengurus IT dan Sistem - Abdul Razak Hj Kasolan (Sementara)
Pengurus Stok & Profuksi - Norfarhanah Rumawi
Pengurus Wilayah Sabah - Anuar Abd Laib
Pengurus Sandakan - Ust. Matsaha
Pengurus Tawau - Diana